Laman Rasmi Bomba UiTM Malaysia

Friday, February 01, 2008

INFORMASI BULAN FEBRUARI

Assalamualaikum,
untuk makluman semua, pada bulan februari 2008, kokurikulum Bomba Dan Penyelamat UiTM akan melibatkan diri dalam beberapa aktiviti, antaranya:

1.PERSAK- pertandingan merempuh halangan dan jalan lasak.
pertandingan akan diadakan pada 16 dan 17 februari. kepada pelatih yang berminat sila berhubung dengan Komander Anwar (0197980518) untuk maklumat lanjut.untuk makluman, kontinjen Bomba pernah menjadi johan keseluruhan PERKAD (pertandingan kawad kaki) dan pernah mendapat tempat kedua dalam kategori merempuh halangan. Semester ini, kami komited dan yakin bahawa kejayaan lalu akan mendorong kejayaan yang lebih cemerlang pada PERSAK kali ini. Kepada pelatih yang tidak terlibat anda seharusnya memberikan sokongan kepada kontinjen Bomba. Kehadiran pelatih pada hari pertandingan adalah DIWAJIBKAN.

2. PeKAK -pameran kesedaran keselamatan dan ancaman kebakaran
pameran ini akan dijalankan serentak dengan pertandingan PERSAK dijalankan. kepada pelatih yang berminat untuk menjadi urusetia untuk pameran ini , sila berhubung dengan Komander Anwar (0197980518). ini merupakan peluang kepada pelatih yang tidak menyertai PERSAK untuk membuktikan komitmen masing-masing. pameran ini bermatlamat untuk memberi informasi berguna kepada warga UiTM dan juga memberi manfaat dan pengalaman berharga kepada pelatih yang terlibat.

3.PeKaBOM - projek keusahawanan Bomba
projek ini berbentuk persis siri realiti The Apparentis.namun peserta (pelatih Bomba )tidak berpeluang muncul di kaca televisyen. penyertaan masih di buka dan untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Komander Anwar (0197980518). projek ini juga memberi peluang kepada pelatih yang tidak menyertai PERSAK untuk memberi sumbangan dan mengasah bakat keusahawanan mereka mengikut silibus yang telah ditetapkan.

4.Latihan kebombaan dan menyelamat di Hutan lagenda Kuala Woh.
latihan bebentuk amali dan bercorak perkhemahan ini adalah wajib bagi memenuhu silibus yang telah digariskan dalam kokurikulum Bomba. Pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman baru diharap dapat menjana mahasiswa yang mempunyai jati diri yang mantap.

5. Makan Malam Bomba
majlis akan diadakan di kelab Shah Alam. tarikh dan keterangan lanjut akan diumumkan kelak.

6.SUBOM-sukan Bomba
aktiviti rekreasi untuk warga kokurikulum Bomba . pelatih yang mempunyai bakat dalam sukan diharap dapat bersedia dan berlatih untuk menjayakan SUBOM.


sesungguhnya banyak atau sedikit program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kompeni Bomba tidak perlu diperbahaskan lagi. Yang penting adalah komitmen semua pelatih dan komander dalam merealisasikan objektif setiap aktiviti yang dirancang.

No comments: