Mesyuarat Eksekutif Kokurikulum Bomba dan Penyelamat UiTM Malaysia telah diadakan pada 3 Januari 2009 bertempat di bangunan Kejuruteraan Elektrik, Bangunan S&T UiTM Malaysia.
Mesyuarat bermula jam 8.30 malam dan tamat jam 12.30 tengah malam. Agenda mesyuarat bermula dengan amanat Pegawai Penasihat En Muswadee dan diteruskan dengan pembentangan setiausaha, pembentangan kewangan dan pembentangan biro.
Sepanjang semester Julai 2008, beberapa program melibatkan kokurikulum Bomba telah dilaksanakan, antaranya:
- Perkhemahan pengukuhan silibus (pelatih semester 1) di Kem Al-Azhar, Pantai Morib, Selangor.
- Lawatan pengukuhan silibus (pelatih semester 2) ke Balai Bomba Shah Alam.
- Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM pelatih semester 3) di kompleks anak yatim Darul Kifayah, Batu Caves Selangor.
- Pertandingan Kawad Kaki Majlis Perwakilan Komander Kesatria 2008
- Minggu Kualiti Komander Kesatria (selaku tenaga pengajar slot ilmu Kebombaan)
- Kawalan Keselamatan Sambutan Ambang Merdeka UiTM.
- Delegasi Program Perhimpunan bersama Pemimpin Negara.
- Jambori Tahunan Unit Kesatria 2008
- Jawatankuasa Kecil Unit Keselamatan, Sukan Universiti Asia Kuala Lumpur 2008.
(Aktiviti diatas adalah aktiviti kokutikulum pelatih Bomba dan juga aktiviti Komander Bomba)
Untuk Pembentangan biro, terdapat empat biro dalam Pentadbiran Kompeni Bomba telah membentangkan laporan masing-masing. Biro-biro tersebut adalah:
- Biro Latihan dan Disiplin
- Biro Perhubungan dan multimedia
- Biro Logistik dan teknikal
- Biro Kebajikan dan Perubatan.
Agenda seterusnya adalah pembubaran Jawatankuasa Eksekutif sesi julai 2008 dan perlantikan Jawatankuasa Januari 2009. Organisasi Terkini Kokurikulum Bomba Penyelamat UiTM adalah seperti berikut:
KETUA KOMPENI:
KM Hafiez
TIM KK 1 (Latihan) :
KRK Hairul Anuar
TIM KK 2 (Pentadbiran) :
KRK Maryam Jameelah
SETIAUSAHA :
KRM Nur Sahira
TIM S/U :
KRM Shahida Citra
BENDAHARI :
KRK Norjehan
TIM BENDAHARI :
KRM Airul Azlan
CC II :
KRK Muhammad Izani
TIM CC II :
KRK Fahamiah
Mesyuarat ditamatkan dengan perbincangan usul, hal-hal berbangkit, perancangan aktiviti dan jamuan.
Disediakan oleh
KRM Nur Sahira
setiausaha sesi Jan 2009
Disemak Oleh
KRK Hairul Anuar
Tim Ketua Kompeni 1