Laman Rasmi Bomba UiTM Malaysia

Thursday, March 01, 2007

Teknik Melawan Kebakaran.



1.Pastikan keselamatan anda dan orang lain terjamin.
2.Pastikan semua penghuni telah meninggalkan / keluar rumah.
3.Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
4.Pastikan saiz api kecil dan belum merebak.
5.Pastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pandangan anda.
6.Pastikan anda membelakangkan jalan pelepasan ketika melawan kebakaran.

Nasihat.


Alat pemadam api adalah amat penting untuk memadam kebakaran di peringkat awal. Sekiranya anda tidak memiliki alat pemadam api di rumah, peluang untuk memadamkan kebakaran di peringkat awal adalah amat tipis. Ingatlah alat pemadam api adalah amat penting supaya anda dapat membunuh api itu, sebelum ianya membunuh anda.

PENGENALAN API

TIGA unsur penting iaitu oksigen, bahan api dan haba boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Kita mungkin pernah belajar tentang rajah tiga segi kebakaran yang menekankan kaitan di antara tiga unsur ini. Selain daripada ketiga-tiga unsur tersebut, terdapat satu lagi faktor yang turut memainkan peranan semasa kebakaran iaitu tindakan berantai.

Dengan memahami bagaimana kebakaran berlaku, para pakar dapat mencari jalan atau kaedah untuk memadamkannya. Oksigen berada di sekeliling kita dan sebahagian besar bahan boleh menjadi bahan api seperti kayu, perkakas rumah, kertas, gas memasak dan lain-lain.
Kebakaran biasanya berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia, kerosakan mekanikal atau elektrikal ataupun kejadian semulajadi (kilat) yang menyatukan oksigen, bahan dan haba bagi mewujudkan api. Api boleh dipadamkan dengan mengeluarkan oksigen, mengurangkan suhu atau kepanasan bahan ataupun memutuskan rangkaian tindakan berantai.

Bagaimana Api Membunuh. Salah satu cara bagaimana kematian akibat kebakaran boleh berlaku ialah melecur yang teruk. Bagaimanapun berdasarkan statistik, hanya satu perempat mangsa mati akibat melecur. Manakala selebihnya mati akibat terhidu gas-gas merbahaya yang terdapat dalam asap ataupun kerana kekurangan oksigen.

Kekurangan Oksigen. Apabila kebakaran berlaku, api akan merebak dengan cepat dan menjadikan rumah anda tidak selamat. Pada keadaan biasa, kandungan oksigen di dalam udara adalah 21%. Semasa kebakaran, kandungan oksigen akan berkurangan dengan cepat dan sekiranya kandungan ini jatuh di bawah paras 17%, sesiapa sahaja yang menyedut udara itu akan mengalami kesukaran untuk berfikir secara waras dan tidak dapat mengawal pergerakan otot-otot. Fikiran yang bercelaru akan menyukarkan tindakan untuk melepaskan diri dari api.
Apabila kandungan oksigen di persekitaran jatuh di antara paras 10% hingga 12%, seseorang itu akan pengsan. Selepas 4 hingga 6 minit tanpa oksigen, seseorang itu akan mengalami kematian otak dan seterusnya menyebabkan kematian.

Asap Beracun. Asap merupakan salah satu punca kematian utama akibat api. Asap yang mengandungi gas beracun akan membunuh anda terlebih dahulu sebelum lidah api mula membakar. Kebanyakan kematian akibat kebakaran di rumah berlaku di malam hari iaitu apabila mangsa sedang tidur. Sekiranya anda menyedut gas beracun ketika sedang tidur, anda mungkin tidak dapat bangun. Anda mungkin akan rebah sekiranya terjaga dari tidur akibat terhidu gas beracun tersebut. Pada umumnya terdapat empat jenis gas beracun yang wujud di rumah:-

Karbon monoksida ialah gas beracun yang mengurangkan kandungan oksigen di dalam darah. la merupakan gas beracun yang terdapat dalam sernua jenis kebakaran.

Hidrogen sinida merupakan gas beracun yang dihasilkan oleh kebakaran nylon, sutera dan beberapa jenis plastik (bahan yang terdapat dalam cadar, kusyen, langsir dan pakaian).

Hidrogen klorida menyebabkan gatal pada mata dan tekak, meningkatkan kadar pernafasan dan mengaburkan mata semasa cuba melepaskan diri dari kebakaran.

Karbon dioksida dalam udara menyebabkan kita bernafas secara cepat dan sekaligus meningkatkan risiko menyedut gas beracun yang terlerai dari pembakaran.
Kehadiran asap juga akan mengurangkan kadar ketelusan cahaya dan jarak penglihatan serta menyebabkan mata merasa gatal.

Haba.

Api akan menghasilkan haba yang tinggi sehingga kadang kala melebihi 1,100' F (600'C). lanya boleh menyebabkan kebakaran pada kulit yang terdedah ataupun tisu. Lebih memburukkan keadaan, ianya akan melumpuhkan organ dalam badan akibat terdedah kepada haba yang tinggi. Menyedut udara yang terlalu panas boleh mempercepatkan kerosakan pada sistem pernafasan. Sistem pengimbangan suhu badan semulajadi tidak berupaya mengimbangi kenaikan suhu secara mendadak dan jika terperangkap di dalam kebakaran, seseorang itu akan pengsan.

Anda Selamat Daripada Kebakaran, Jika.... Anda membuat persediaan awal dan bertindak dengan cepat ketika kebakaran.Di samping itu, jika rumah anda dipasang dengan alat pengesan asap ianya dapat memberi amaran awal apabila berlaku kebakaran dan membolehkan anda mengambil tindakan yang betul dengan segera.

MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH