Laman Rasmi Bomba UiTM Malaysia

Tuesday, July 22, 2008

AKTIVITI KOKURIKULUM BOMBA 26JULAI 2008

Pada minggu ketiga Ko-Bomba UiTM, terdapat dua aktiviti berbeza yang dijalankan serentak. Pelatih Sem 1 akan bertolak ke Ulu Bendul, Negeri Sembilan untuk menjalani latihan asas Kebombaan dan Menyelamat. sebanyak 80 orang pelatih diiringi 20 orang komander akan berkhemah di sana untuk merealisasikan aktiviti yang merupakan keperluan dalam silibus ko-Bomba.

Manakala bagi pelatih sem 2 dan 3 akan menjalani latihan dan sesi kuliah seperti biasa di padang kawad dan stadium UiTM. Seramai 10 orang komander akan terlibat untuk mengendalikan pelatih sem 2 dan 3.

saya akan kemukakan laporan perjalanan perkhemahan dan beberapa informasi pada post yang akan datang.

KRK ANWAR 019-7980518

Tuesday, July 15, 2008

bombauitm] komander sahaja : NOTIS PANGGILAN MESYUARAT

assalamualaikum dan salam perjuangan,

dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

tarikh:17 Julai 2008
masa : jam 2100
tempat: bangunan S&T
pakaian: sukan Komander
agenda: 2100-2200: Minggu kualiti MPKK
2200-2300:Latihan Kebombaan Julai2008
2300-2330: hal-hal berbangkit.

kehadiran semua komander adalah diwajibkan.sebarang ketidakhadiran hendaklah bersebab.


" Setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing akan ditanya mengenai apa yang dipimpinnya" - Hadith riwayat al-Bukhari, kitab al-Ahkam.


www.anwaruitm.blogspot.com

Thursday, July 03, 2008

pendaftaran kokurikulum UiTM

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU DAN SELAMAT KEMBALI KEPADA PELAJAR LAMA UiTM

Pihak Ko-Bomba Penyelamat UiTM mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga semester ini lebih baik dan bermakna daripada sebelum ini. InsyaAllah. untuk makluman, pelajar lepasan SPM dan STPM/MATRIK telah mendaftar dan menjalani MMS pada 28jun hingga 3julai.

untuk itu , pihak pusat Ko dan HEP mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Pendaftaran Kaunter Online
bagi memudahkan pelajar memilih dan mendaftar subjek wajib kokurikulum mereka.

sesi pertama pada 4julai2008 dan 5 julai 2008 bertempat foyer bangunan Budi Siswa. semua badan ko dan kelab/persatuan akan membuka gerai pameran masing-masing bagi mempromosikan organisasi mereka dan menyalurkan maklumat yang sewajarnya.

untuk sebarang masalah dan bantuan mengenai Kokurikulum Bomba, sila Hubungi
KRK Hairul Anuar 0197980518

Saturday, May 03, 2008

fasilitator UiTM

http://www.uitm.edu.my/news2008/postertot.pdf



UNIT LATIHAN HEP & ALUMNI
ARAS 4, BANGUNAN BUDI SISWA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM

Kepada semua PELAJAR IJAZAH/ PROFESIONAL
PERHATIAN ..!


BERMINAT UNTUK MENJADI FASILITATOR PELAJAR UiTM???
PENGAMBILAN BARU FASILITATOR PELAJAR UiTMb i MODUL
UiTM bagi LATIHAN PROGRAM PEMBANGUNAN & KEPIMPINAN PELAJAR
(LPPKP)


Syarat-syarat Kelayakan:
Syarat @ CGPA > 2.75
@ BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR
@ BERMINAT
@ BOLEH BERKOMUNIKASI

Sesi TEMUDUGA akan dijalankan mulai 29 April 2008 – 12 Mei 2008.

Sila hadir ke Unit Latihan HEP & Alumni
di Aras 4, Bangunan Budi Siswa dan bawa bersama
sekeping gambar berukuran pasport. p ng g m u u n p p .
Berpakaian kemas.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Latihan HEP & Alumni:


03-55443477/ 3474/ 3472/ 3479 atau
03 En. Shaharil : 019-3281477
En. Ahzadi : 019-2648763

http://anwaruitm.blogspot.com/

Saturday, April 12, 2008

LAPORAN AKTIVITI KO-BOMBA JAN-APRIL 2008

  1. PERHIMPUNAN PERPADUAN MELAYU SEMPENA MAULIDUR RASUL DI PWTC
  2. LAWATAN ILMIAH KE BALAI BOMBA SEKSYEN 15
  3. PENYELARASAN AKHIR KURSUS KOKURIKULUM BOMBA UiTM
  4. UJIAN KENAIKAN PANGKAT KOMANDER BOMBA MAC 2008
  5. UJIAN PENILAIAN AKHIR SEMESTER UNTUK PELATIH SETIAP SEMESTER
  6. SUKAN BOMBA (SUBOM 2008)
  7. LATIHAN KEBOMBAAN DAN MENYELAMAT DI KEM AL-AZHAR, MORIB SELANGOR
  8. BICARA "HALA TUJU ANAK MUDA KELANTAN PADA MASA HADAPAN" BERSAMA TNC UiTM
  9. MAJLIS MAKAN MALAM MAC 2008 KO-BOMBA UiTM DI KELAB SHAH ALAM, SELANGOR
  10. PAMERAN KESEDARAN KESELAMATAN DAN ANCAMAN KEBAKARAN SEMPENA FESTIVAL PENDIDIKAN, FAKULTI PENDIDIKAN UiTM
  11. PROGRAM MOTIVATIONAL TALK BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA
  12. PROGRAM JEMPUTAN KE PROGRAM TERBITAN ASTRO
  13. BICARA SISWA TERBITAN RTM
  14. KONSULTASI LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KOLEJ DELIMA UiTM SHAH ALAM
  15. PAMERAN KESEDARAN KESELAMATAN DAN ANCAMAN KEBAKARAN SEMPENA PERSAK 2008
  16. PERTANDINGAN JALAN LASAK DAN MEREMPUH HALANGAN 2008

itulah antara aktiviti yang telah dilaksanakan atas nama Kokurikulum BOMBA UiTM Malaysia untuk semester ini. keterangan lanjut boleh hubungi KRM Anwar. anwaruitm@hotmail.com gambar dn maklumat tambahan akan di tambah dari masa ke semasa.InsyaAllah.

terima kasih kepada semua yang memberi komitmen untuk Ko- Bomba. terutamanya Tn Hj Raphar dan En Muswadee.

Monday, February 11, 2008

POSTER PeKAK




program Kesedaran Keselamatan Dan Bahaya Kebakaran

anjuran Kokurikulum Bomba dan Penyelamat UiTM Malaysia.

dengan ihsan dan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.




semoga ia memberi manfaat kepada semua.

Friday, February 01, 2008

INFORMASI BULAN FEBRUARI

Assalamualaikum,
untuk makluman semua, pada bulan februari 2008, kokurikulum Bomba Dan Penyelamat UiTM akan melibatkan diri dalam beberapa aktiviti, antaranya:

1.PERSAK- pertandingan merempuh halangan dan jalan lasak.
pertandingan akan diadakan pada 16 dan 17 februari. kepada pelatih yang berminat sila berhubung dengan Komander Anwar (0197980518) untuk maklumat lanjut.untuk makluman, kontinjen Bomba pernah menjadi johan keseluruhan PERKAD (pertandingan kawad kaki) dan pernah mendapat tempat kedua dalam kategori merempuh halangan. Semester ini, kami komited dan yakin bahawa kejayaan lalu akan mendorong kejayaan yang lebih cemerlang pada PERSAK kali ini. Kepada pelatih yang tidak terlibat anda seharusnya memberikan sokongan kepada kontinjen Bomba. Kehadiran pelatih pada hari pertandingan adalah DIWAJIBKAN.

2. PeKAK -pameran kesedaran keselamatan dan ancaman kebakaran
pameran ini akan dijalankan serentak dengan pertandingan PERSAK dijalankan. kepada pelatih yang berminat untuk menjadi urusetia untuk pameran ini , sila berhubung dengan Komander Anwar (0197980518). ini merupakan peluang kepada pelatih yang tidak menyertai PERSAK untuk membuktikan komitmen masing-masing. pameran ini bermatlamat untuk memberi informasi berguna kepada warga UiTM dan juga memberi manfaat dan pengalaman berharga kepada pelatih yang terlibat.

3.PeKaBOM - projek keusahawanan Bomba
projek ini berbentuk persis siri realiti The Apparentis.namun peserta (pelatih Bomba )tidak berpeluang muncul di kaca televisyen. penyertaan masih di buka dan untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Komander Anwar (0197980518). projek ini juga memberi peluang kepada pelatih yang tidak menyertai PERSAK untuk memberi sumbangan dan mengasah bakat keusahawanan mereka mengikut silibus yang telah ditetapkan.

4.Latihan kebombaan dan menyelamat di Hutan lagenda Kuala Woh.
latihan bebentuk amali dan bercorak perkhemahan ini adalah wajib bagi memenuhu silibus yang telah digariskan dalam kokurikulum Bomba. Pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman baru diharap dapat menjana mahasiswa yang mempunyai jati diri yang mantap.

5. Makan Malam Bomba
majlis akan diadakan di kelab Shah Alam. tarikh dan keterangan lanjut akan diumumkan kelak.

6.SUBOM-sukan Bomba
aktiviti rekreasi untuk warga kokurikulum Bomba . pelatih yang mempunyai bakat dalam sukan diharap dapat bersedia dan berlatih untuk menjayakan SUBOM.


sesungguhnya banyak atau sedikit program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kompeni Bomba tidak perlu diperbahaskan lagi. Yang penting adalah komitmen semua pelatih dan komander dalam merealisasikan objektif setiap aktiviti yang dirancang.