Sunday, November 11, 2007
KOLEKSI GAMBAR TERPILIH SEPANJANG SEMESTER LEPAS
Semester lalu dilalui oleh Kadet BOMBA UiTM dengan penuh gemilang dan bermakna. Banyak pengalaman manis dan tidak lupa juga pengalaman pahit yang mewarnai kehidupan para komander dan pelatih BOMBA.
antaranya:..
...........KLIK UNTUK GAMBAR.......
1. LATIHAN KEBOMBAAN DAN MENYELAMAT DI PAHANG.
2. LATIHAN KEBOMBAAN DAN MENYELAMAT DI MELAKA
3.PERARAKAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SELANGOR
4. PERKAD 2007
5. PERSAK 2007
KEPADA sesiapa yang ada gambar yang ingin dikongsi, sila emailkan kepada-
KRM ANWAR
anda digalakkan untuk mendaftar dalam e-group BOMBA
oh ya sebelum terlupa, memperkenalkan pemimpin berjiwa rakyat kami, TN HJ RAPHAR

Friday, September 21, 2007
KEBAKARAN DI RUMAH
APABILA anda berusaha menyelamatkan diri semasa kebakaran, anda perlulah mengambil langkah yang betul dan tindakan yang tepat untuk menyelamatkan nyawa anda dan keluarga. Perbincanganseterusnya akan tertumpu kepada langkah yang perlu diambil untuk tujuan tersebut.
Menutup Pintu. Sesetengah keluarga lebih suka membiarkan pintu bilik tidur anaknya di dalam keadaan terbuka semasa anaknya tidur pada waktu malam. Alasannya agar mereka dapat mendengar suara anak mereka. Pintu yang terbuka akan mempercepatkan api, asap dan haba merebak ke dalam bilik-bilik tersebut sekiranya berlaku kebakaran. Oleh yang demikian adalah digalakkan supaya anda menutup pintu semua bilik agar anda mempunyai lebih masa untuk menyelamatkan diri.
Rasa Kepanasan Pintu Sebelum Dibuka. Apabila hendak membuka pintu ruang yang terbakar, anda akan terdedah kepada bahaya daripada haba, asap dan lidah api yang boleh mendatangkan kecederaan. Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu atau tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif.
Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan serbuan lidah api dan asap yang biasanya memenuhi bahagian atas ruang. Jika haba dan asap mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan tutup semua ruang atau lubang di bawah pintu dengan menggunakan tuala, cadar, selimut dan apa saja yang terdapat di dalam bilik tersebut.
Menyelamatkan Diri Melalui Tingkap.
Sekiranya laluan utama terhalang oleh api dan asap, anda boleh berusaha menyelamatkan diri melalui tingkap. Sebelum membuka tingkap, pastikan pintu bilik tertutup rapat bagi mengelakkan api dari merebak. Sekiranya anda berada di tingkat satu, cuba turun dengan cara yang selamat bagi mengelakkan kecederaan. Keluarkan kaki dan cuba rendahkan diri lalu keluar melalui tingkap secara membelakang. Bergayut seketika pada sisi tingkap dan kemudian terjun.
Anak-anak boleh dikeluarkan dengan cara menghulurkan mereka ke bawah sekiranya ada orang yang membantu. Jika tiada, cuba turunkan anak anda ke paras bawah sejauh yang mungkin dengan berhati-hati. Namun begitu, jangan anda terjun dahulu dan meninggalkan anak-anak dengan tanggapan mereka akan mengikut anda. Sekiranya mereka enggan terjun, tindakan susulan sudah terlewat.
Apakah Yang Patut Dibuat Sekiranya Anda Terperangkap.

- Sekiranya anda berada di paras melebihi tingkat satu, anda tidak boleh menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap kecuali turun menggunakan tangga, melalui beranda, pokok, garaj kereta ataupun tunggu sehingga ketibaan anggota Bomba untuk menyelamatkan anda.
- Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawah tingkap. Dengan berbuat demikian udara bersih akan masuk melalui bawah dan asap akan keluar melalui bahagian atas yang telah dibuka.
Tutup ruang-ruang di bawah pintu dengan menggunakan cadar, selimut, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik. - Sekiranya terdapat telefon atau telefon bimbit di dalam bilik, segeralah hubungi Bomba atau jiran terdekat. Maklumkan kedudukan anda untuk membolehkan tugas menyelamat dilakukan dengan segera. Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap dan suluh dengan lampu picit, atau kibarkan kain berwarna putih/terang agar pasukan penyelamat dapat mengesan kedudukan anda.
- Merangkak Di Dalam Asap. Semasa kebakaran, udara panas dan asap akan memenuhi ruang atas bilik manakala ada sesetengah gas beracun akan turun ke lantai. Udara yang bersih akan berada di ZON SELAMAT untuk bernafas iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30cm kingga 60 cm) dari paras lantai. Semasa berusaha menyelamatkan diri, jika laluan utama telah dipenuhi asap, cuba cari laluan lain. Sekiranya tiada pilihan, ikut laluan utama dengan cara merangkak dan pastikan kepala berada di paras ZON SELAMAT.
- Apabila pakaian anda terbakar, berhenti dan jangan lari kerana ini akan memarakkan api tersebut. Rebahkan diri, tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling di atas lantai bagi rnemadamkan api tersebut. Anak-anak anda perlulah diajar cara tersebut dan hendaklah dilatih selalu.
- Jika anda melihat orang lain terbakar, bantulah mereka. Sekiranya mereka tidak merebahkan diri, anda hendaklah merebahkan mereka atau selimutkan dengan kain gebar (selimut) atau guni basah bagi memadamkan kebakaran tersebut.
- Melecur Darjah Pertama Kelecuran sedikit yang melibatkan kebakaran kulit di bahagian luar sahaja.
- Melecur Peringkat Kedua Kelecuran kulit (blistered skin) yang serius dan memerlukan rawatan segera dari mereka yang terlatih.
Kelecuran yang lebih serius, menglibatkan tisu-tisu di dalam badan yang memerlukan rawatan kecemasan dari pegawai perubatan dengan segera.
Untuk melecur darjah pertama dan kedua, sejukkan bahagian melecur dengan mengalirkan air selama 10-15 minit. Langkah ini akan menurunkan suhu permukaan kulit, mengelakkan melecur lebih besar dan mengurangkan kesakitan. JANGAN GUNAKAN AIS. - Untuk melecur darjah ketiga, tutup bahagian yang melecur dengan menggunakan kain yang tidak berbulu. Tunggu sehingga bantuan perubatan sampai. Baringkan mangsa dan jangan buka pakaian kerana ia mungkin terlekat pada bahagian kulit yang melecur.
Tuesday, July 17, 2007
Thursday, March 01, 2007
Teknik Melawan Kebakaran.
1.Pastikan keselamatan anda dan orang lain terjamin.
2.Pastikan semua penghuni telah meninggalkan / keluar rumah.
3.Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
4.Pastikan saiz api kecil dan belum merebak.
5.Pastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pandangan anda.
6.Pastikan anda membelakangkan jalan pelepasan ketika melawan kebakaran.
Nasihat.
Alat pemadam api adalah amat penting untuk memadam kebakaran di peringkat awal. Sekiranya anda tidak memiliki alat pemadam api di rumah, peluang untuk memadamkan kebakaran di peringkat awal adalah amat tipis. Ingatlah alat pemadam api adalah amat penting supaya anda dapat membunuh api itu, sebelum ianya membunuh anda.
PENGENALAN API
TIGA unsur penting iaitu oksigen, bahan api dan haba boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Kita mungkin pernah belajar tentang rajah tiga segi kebakaran yang menekankan kaitan di antara tiga unsur ini. Selain daripada ketiga-tiga unsur tersebut, terdapat satu lagi faktor yang turut memainkan peranan semasa kebakaran iaitu tindakan berantai.
Dengan memahami bagaimana kebakaran berlaku, para pakar dapat mencari jalan atau kaedah untuk memadamkannya. Oksigen berada di sekeliling kita dan sebahagian besar bahan boleh menjadi bahan api seperti kayu, perkakas rumah, kertas, gas memasak dan lain-lain.
Kebakaran biasanya berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia, kerosakan mekanikal atau elektrikal ataupun kejadian semulajadi (kilat) yang menyatukan oksigen, bahan dan haba bagi mewujudkan api. Api boleh dipadamkan dengan mengeluarkan oksigen, mengurangkan suhu atau kepanasan bahan ataupun memutuskan rangkaian tindakan berantai.
Bagaimana Api Membunuh. Salah satu cara bagaimana kematian akibat kebakaran boleh berlaku ialah melecur yang teruk. Bagaimanapun berdasarkan statistik, hanya satu perempat mangsa mati akibat melecur. Manakala selebihnya mati akibat terhidu gas-gas merbahaya yang terdapat dalam asap ataupun kerana kekurangan oksigen.
Kekurangan Oksigen. Apabila kebakaran berlaku, api akan merebak dengan cepat dan menjadikan rumah anda tidak selamat. Pada keadaan biasa, kandungan oksigen di dalam udara adalah 21%. Semasa kebakaran, kandungan oksigen akan berkurangan dengan cepat dan sekiranya kandungan ini jatuh di bawah paras 17%, sesiapa sahaja yang menyedut udara itu akan mengalami kesukaran untuk berfikir secara waras dan tidak dapat mengawal pergerakan otot-otot. Fikiran yang bercelaru akan menyukarkan tindakan untuk melepaskan diri dari api.
Apabila kandungan oksigen di persekitaran jatuh di antara paras 10% hingga 12%, seseorang itu akan pengsan. Selepas 4 hingga 6 minit tanpa oksigen, seseorang itu akan mengalami kematian otak dan seterusnya menyebabkan kematian.
Asap Beracun. Asap merupakan salah satu punca kematian utama akibat api. Asap yang mengandungi gas beracun akan membunuh anda terlebih dahulu sebelum lidah api mula membakar. Kebanyakan kematian akibat kebakaran di rumah berlaku di malam hari iaitu apabila mangsa sedang tidur. Sekiranya anda menyedut gas beracun ketika sedang tidur, anda mungkin tidak dapat bangun. Anda mungkin akan rebah sekiranya terjaga dari tidur akibat terhidu gas beracun tersebut. Pada umumnya terdapat empat jenis gas beracun yang wujud di rumah:-
Karbon monoksida ialah gas beracun yang mengurangkan kandungan oksigen di dalam darah. la merupakan gas beracun yang terdapat dalam sernua jenis kebakaran.
Hidrogen sinida merupakan gas beracun yang dihasilkan oleh kebakaran nylon, sutera dan beberapa jenis plastik (bahan yang terdapat dalam cadar, kusyen, langsir dan pakaian).
Hidrogen klorida menyebabkan gatal pada mata dan tekak, meningkatkan kadar pernafasan dan mengaburkan mata semasa cuba melepaskan diri dari kebakaran.
Karbon dioksida dalam udara menyebabkan kita bernafas secara cepat dan sekaligus meningkatkan risiko menyedut gas beracun yang terlerai dari pembakaran.
Kehadiran asap juga akan mengurangkan kadar ketelusan cahaya dan jarak penglihatan serta menyebabkan mata merasa gatal.
Haba.
Api akan menghasilkan haba yang tinggi sehingga kadang kala melebihi 1,100' F (600'C). lanya boleh menyebabkan kebakaran pada kulit yang terdedah ataupun tisu. Lebih memburukkan keadaan, ianya akan melumpuhkan organ dalam badan akibat terdedah kepada haba yang tinggi. Menyedut udara yang terlalu panas boleh mempercepatkan kerosakan pada sistem pernafasan. Sistem pengimbangan suhu badan semulajadi tidak berupaya mengimbangi kenaikan suhu secara mendadak dan jika terperangkap di dalam kebakaran, seseorang itu akan pengsan.
Anda Selamat Daripada Kebakaran, Jika.... Anda membuat persediaan awal dan bertindak dengan cepat ketika kebakaran.Di samping itu, jika rumah anda dipasang dengan alat pengesan asap ianya dapat memberi amaran awal apabila berlaku kebakaran dan membolehkan anda mengambil tindakan yang betul dengan segera.

Subscribe to:
Posts (Atom)