Laman Rasmi Bomba UiTM Malaysia

Thursday, April 15, 2010

rangkaian facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)


laman Blog bombauitm telah disenaraikan di dalam rangkaian  facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

tahniah!

Wednesday, April 07, 2010

Karnival Kokurikulum UiTM Malaysia 2010

Karnival Kokurikulum UiTM Malaysia

Jumaat (9 April 2010)
-ceramah ketuanan melayu


Sabtu (10 April 2010)
Majlis Perasmian Karnival di padang Kawad.

VVIP: 

1. NAIB CANSELOR UITM
2. MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA





Sabtu dan Ahad

aktiviti sepanjang hari
-pengucapan awam
-derma darah
-pertandingan orienteering
-bersama anak yatim
-Sukaneka
-Pertandingan Khat
-dan lain-lain lagi.



SEMUA PELATIH BOMBA DIWAJIBKAN HADIR SEMASA PERASMIAN DAN MENYERTAI SKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL.

ORANG RAMAI DAN SEMUA WARGA UiTM DIJEMPUT HADIR

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KRK ANWAR 0136607046

Pengenalan Kokurikulum Bomba UiTM Malaysia




Pengenalan

       Kokurikulum Bomba UiTM merupakan salah satu kegiatan kokurikulum yang diwajibkan oleh UiTM. Ia merupakan kokurikulum pilihan pelajar dimana jangka masa pembelajaran selama tiga semester. Kod kursus kokurikulum Bomba bagi setiap semester seperti berikut :
  • Semester Pertama (1) : HBU113
  • Semester Kedua (2) : HBU123
  • Semester Ketiga (3) : HBU133

Hari Kokurikulum

       KoKurikulum Bomba ini dijalankan seminggu sekali selama dua jam iaitu pada 
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 8.00 pagi hingga 10 pagi
  • Tempat : Di hadapan Stadium UiTM Malaysia, Shah Alam

Penyelaras

       Penyelaras bagi kokurikulum Bomba ini adalah Encik Mohamad Bin Deris. Beliau juga merupakan Penolong Pegawai Kokurikulum di Unit Kokurikulum (HEP) UiTM Malaysia. 



Silibus/Modul

       Silibus kokurikulum yang dijalankan oleh KoKurikulum Bomba meliputi latihan berupa ala kebombaan di mana setiap warga UiTM yang terlibat dengan kokurikulum ini akan berpeluang menjalani aktiviti-aktiviti seperti yang dijalankan oleh pegawai bomba sebenar seperti kawad kaki dan kawad hos.

       Mereka yang terlibat juga akan didedahkan dengan asas-asas pertolongan cemas, asas penggunaan tali, akta-akta bomba, pengenalan peralatan menyelamat dan memadam kebakaran serta di samping dapat membentuk jati diri agar sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab, berkeyakinan, bekerjasama dan berketerampilan.

       Selain itu, mereka yang terlibat dalam kokurikulum bomba ini wajib mengikuti beberapa modul yang telah ditetapkan. Modul aktiviti kokurikulum Bomba ini dibahagikan mengikut semester. Modul tersebut adalah seperti berikut :
  1. Semester Pertama (HBU113) :
    • Latihan Kebombaan dan Menyelamat (Perkhemahan)
  2. Semester Kedua (HBU123) :
    • Lawatan ke Balai Bomba
  3. Semester Ketiga (HBU133) :
    • Khidmat Masyarakat



Tenaga Pengajar

       Kokurikulum kadet bomba UiTM menyediakan pelbagai modul-modul tentang asas kebombaan yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sendiri. Para pegawai Bomba yang telah dilantik menjadi pengajar adalah dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam kerjaya Bomba.



Etika Pakaian

       Etika berpakaian bagi semua pelatih kokurikulum Bomba adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Contoh etika berpakaian yang betul adalah seperti berikut :

SiswaSiswi

Thursday, January 07, 2010

TAKLIMAT KOKURIKULUM UiTM 2010









Sebarang Kemusykilan sila Hubungi KRK Anwar 013-6607046

VIDEO BOMBA UiTM

layari http://www.youtube.com/user/BombaUiTM