Laman Rasmi Bomba UiTM Malaysia

Sunday, November 15, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan BOMBA UiTM 2009

Ucapan Aluan Ketua Kompeni

Ketua Kompeni mengalu-alukan kehadiran komander dan berterima kasih di atas komitmen yang diberikan.



2 Laporan Aktiviti

Setiausaha membentangkan laporan aktiviti sepanjang semester Julai-Disember 2009.



3 Laporan Kewangan

Hadirin tidak berpuas hati dengan laporan kewangan yang dibentangkan. Laporan kewangan tidak disahkan dan perlu dibentangkan pada mesyuarat yang akan datang secara terperinci.



4 Laporan Biro

-Biro Informasi

Laman web rasmi Bomba UiTM diakui tidak mendapat sambutan yang baik.

KRK Izuan bersetuju untuk terus menjadi moderator untuuk laman web rasmi Bomba UiTM.


5 Perkara –perkara berbangkit

Perihal Pelatih
T-shirt pelatih perlu diuruskan oleh bendahari bagi memastikan pelatih mendapat T-shirt rasmi pada awal semester.

Hubungan dengan Jurulatih
KM Hafiz mengingatkan agar komander membuat hubungan baik dengan Jurulatih agar jurang komunikasi tidak berlaku.

Perubahan masa Ko
Cadangan daripada Jurulatih supaya masa Kelas Ko dianjakkan dari jam 8.00 pagi kepada 8.30 pagi.

Kedudukan kewangan Kompeni
Inkuiri daripada komander agar jumlah sebenar kewangan kompeni diperjelaskan terutamanya wang yang melibatkan pegawai kokurikulum.

Urusan dengan Pegawai Kokurikulum
Komander yang berurusan dengan pegawai diingatkan agar memastikan setiap perkara diuruskan sehingga benar-benar selesai dan tidak bertangguh.

Pelatih Semester Disember
Bomba UiTM dicadangkan agar membuat langkah proaktif agar masalah kekurangan pelatih tidak berlaku.

Pakaian Komander
Pakaian Komander pada setiap hari sabtu yang dibenarkan hanyalah pakaian ‘uniform lengkap’ atau pakaian ‘sukan komander’ sahaja.



6 Ucapan Ketua Kompeni

Ketua kompeni mewakili seluruh Majlis Tertinggi memohon maaf atas segala kesilapan dan berterima kasih atas segala kerjasama dan komitmen komander








7 PERLANTIKAN

Penasihat Kompeni : KM Asran

Ketua Kompeni: KRM Azimah
TKK 1 :KRM Zulisa
TKK2 : ditangguhkan

S/U : KRM Farhana
Timb S/U : Perlantikan ditangguhkan

Bendahari : KRM Siti Zaleha
Timb Bendahari : KRM Hafiz

CC II : Perlantikan ditangguhkan
(Penyandang: KM Asran)

cadangan
- KRM Airul
-KRM Normalela
-KRM Azrie
-KRM Azerie

8 Cadangan Aktiviti

Tahap 1: Latihan Kebombaan
(KRK Azimah)
Tahap 2: Lawatan kebombaan
(KRK Akmaa)
Tahap 3 dan KRM 44 : Hari Keluarga
(Perlantikan ditangguhkan)
MPKK : PERSAK
(Perlantikan ditangguhkan)
Komander : Kursus Asas Aras Tinggi
Komander : Ujian kenaikan pangkat
Komander : Fire Drill Kolej kediaman

9 Hal-hal Berbangkit

Komander Tidak Aktif
Majlis Tertinggi dicadangkan untuk mengambil tindakan proaktif secara peribadi terhadap komander yang tidak aktif agar nama kompeni bomba tidak tercemar.

Sistem Fail Kompeni
Komander disarankan untuk membuat salinan CD untuk setiap aktiviti dan dokumen penting.
Fail-fail penting perlu disimpan di dalam stor.

Promosi Pelajar Baru
KRM Azimah akan mengetuai pasukan promosi pelajar baru.

10 Round Table

KRK Izani
Komander 43 haruslah bertindak lebih matang dalam tugasan sebagai komander.

KRK Anwar
Keputusan mesyuarat adalah bukti sokongan padu dan kerja pasukan yang mantap.
Majlis Tertinggi perlu memastikan mesyuarat menjadi penyelesai masalah yang timbul.
Ahli mesyuarat akan berpuas hati dalam setiap mesyuarat apabila pendapat mereka didengar

KM Hafiz
Setiap yang berlaku tentunya mengandungi hikmah yang tersirat.
Komander Bomba telah terbukti berkualiti dan tidak sepatutnya terlalu merendah diri dan kurang keyakinan.

KM Asran
Tahniah dan terima kasih atas sokongan.




11 Ucapan Penangguhan

KRM Azimah mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Komander yang menghadapi sebarang masalah diharapkan dapat bertemu secara terus .

Mesyuarat ditutup dengan surah Al Asr dan tasbih kaffarah.

www.anwaruitm.blogspot.com
www.bombauitm.blogspot.com