Laman Rasmi Bomba UiTM Malaysia

Sunday, January 04, 2009

Laporan Ringkas:Mesyuarat Eksekutif Kokurikulum Bomba Penyelamat UiTM

Mesyuarat Eksekutif Kokurikulum Bomba dan Penyelamat UiTM Malaysia telah diadakan pada 3 Januari 2009 bertempat di bangunan Kejuruteraan Elektrik, Bangunan S&T UiTM Malaysia.

Mesyuarat bermula jam 8.30 malam dan tamat jam 12.30 tengah malam. Agenda mesyuarat bermula dengan amanat Pegawai Penasihat En Muswadee dan diteruskan dengan pembentangan setiausaha, pembentangan kewangan dan pembentangan biro.

Sepanjang semester Julai 2008, beberapa program melibatkan kokurikulum Bomba telah dilaksanakan, antaranya:

  1. Perkhemahan pengukuhan silibus (pelatih semester 1) di Kem Al-Azhar, Pantai Morib, Selangor.
  2. Lawatan pengukuhan silibus (pelatih semester 2) ke Balai Bomba Shah Alam.
  3. Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM pelatih semester 3) di kompleks anak yatim Darul Kifayah, Batu Caves Selangor.
  4. Pertandingan Kawad Kaki Majlis Perwakilan Komander Kesatria 2008
  5. Minggu Kualiti Komander Kesatria (selaku tenaga pengajar slot ilmu Kebombaan)
  6. Kawalan Keselamatan Sambutan Ambang Merdeka UiTM.
  7. Delegasi Program Perhimpunan bersama Pemimpin Negara.
  8. Jambori Tahunan Unit Kesatria 2008
  9. Jawatankuasa Kecil Unit Keselamatan, Sukan Universiti Asia Kuala Lumpur 2008.

(Aktiviti diatas adalah aktiviti kokutikulum pelatih Bomba dan juga aktiviti Komander Bomba)

Untuk Pembentangan biro, terdapat empat biro dalam Pentadbiran Kompeni Bomba telah membentangkan laporan masing-masing. Biro-biro tersebut adalah:

  1. Biro Latihan dan Disiplin
  2. Biro Perhubungan dan multimedia
  3. Biro Logistik dan teknikal
  4. Biro Kebajikan dan Perubatan.

Agenda seterusnya adalah pembubaran Jawatankuasa Eksekutif sesi julai 2008 dan perlantikan Jawatankuasa Januari 2009. Organisasi Terkini Kokurikulum Bomba Penyelamat UiTM adalah seperti berikut:

KETUA KOMPENI:
KM Hafiez

TIM KK 1 (Latihan) :
KRK Hairul Anuar

TIM KK 2 (Pentadbiran) :
KRK Maryam Jameelah

SETIAUSAHA :
KRM Nur Sahira

TIM S/U :
KRM Shahida Citra

BENDAHARI :
KRK Norjehan

TIM BENDAHARI :
KRM Airul Azlan

CC II :
KRK Muhammad Izani

TIM CC II :
KRK Fahamiah

Mesyuarat ditamatkan dengan perbincangan usul, hal-hal berbangkit, perancangan aktiviti dan jamuan.

Disediakan oleh

KRM Nur Sahira
setiausaha sesi Jan 2009

Disemak Oleh

KRK Hairul Anuar

Tim Ketua Kompeni 1