Laman Rasmi Bomba UiTM Malaysia

Tuesday, July 22, 2008

AKTIVITI KOKURIKULUM BOMBA 26JULAI 2008

Pada minggu ketiga Ko-Bomba UiTM, terdapat dua aktiviti berbeza yang dijalankan serentak. Pelatih Sem 1 akan bertolak ke Ulu Bendul, Negeri Sembilan untuk menjalani latihan asas Kebombaan dan Menyelamat. sebanyak 80 orang pelatih diiringi 20 orang komander akan berkhemah di sana untuk merealisasikan aktiviti yang merupakan keperluan dalam silibus ko-Bomba.

Manakala bagi pelatih sem 2 dan 3 akan menjalani latihan dan sesi kuliah seperti biasa di padang kawad dan stadium UiTM. Seramai 10 orang komander akan terlibat untuk mengendalikan pelatih sem 2 dan 3.

saya akan kemukakan laporan perjalanan perkhemahan dan beberapa informasi pada post yang akan datang.

KRK ANWAR 019-7980518

Tuesday, July 15, 2008

bombauitm] komander sahaja : NOTIS PANGGILAN MESYUARAT

assalamualaikum dan salam perjuangan,

dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

tarikh:17 Julai 2008
masa : jam 2100
tempat: bangunan S&T
pakaian: sukan Komander
agenda: 2100-2200: Minggu kualiti MPKK
2200-2300:Latihan Kebombaan Julai2008
2300-2330: hal-hal berbangkit.

kehadiran semua komander adalah diwajibkan.sebarang ketidakhadiran hendaklah bersebab.


" Setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing akan ditanya mengenai apa yang dipimpinnya" - Hadith riwayat al-Bukhari, kitab al-Ahkam.


www.anwaruitm.blogspot.com

Thursday, July 03, 2008

pendaftaran kokurikulum UiTM

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU DAN SELAMAT KEMBALI KEPADA PELAJAR LAMA UiTM

Pihak Ko-Bomba Penyelamat UiTM mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga semester ini lebih baik dan bermakna daripada sebelum ini. InsyaAllah. untuk makluman, pelajar lepasan SPM dan STPM/MATRIK telah mendaftar dan menjalani MMS pada 28jun hingga 3julai.

untuk itu , pihak pusat Ko dan HEP mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Pendaftaran Kaunter Online
bagi memudahkan pelajar memilih dan mendaftar subjek wajib kokurikulum mereka.

sesi pertama pada 4julai2008 dan 5 julai 2008 bertempat foyer bangunan Budi Siswa. semua badan ko dan kelab/persatuan akan membuka gerai pameran masing-masing bagi mempromosikan organisasi mereka dan menyalurkan maklumat yang sewajarnya.

untuk sebarang masalah dan bantuan mengenai Kokurikulum Bomba, sila Hubungi
KRK Hairul Anuar 0197980518